I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 24, 2009

Bawalah ku terbang...


Bawalah ku terbang
Tika malamku bersendirian
Merentasi luasnya pelosok alam
Nikmati keindahan agungnya Tuhan

Bawalah ku terbang
Sehingga kubisa menyentuh rembulan
Tak lupa juga menyapa sang bintang
Ciptaan Tuhan yang penuh kesetiaan

Bawalah ku terbang
Menerjah tingginya awan
Nun jauh dari kilauan lautan
Menuju mentari sinarMu Ya Tuhan

Bawalah ku terbang
Menyusuri liku perjalanan
Menanggapi segenap hikmah kejadian
Merealisasi impian himpunan khayalan..=>

Karya : Dr Iwan

Sunday, May 17, 2009

Kumasih berdiri...


Aku cuba berdiri
Melewati ranjau berduri
Noda nafsu yang menguji
Bagai racun yang memati

Hanya Engkau
Yang mampu mengerti
Derita hati yang kuhadapi
Sentiasa Kau ubati

(Chorus)
Ya Allah
Janganlah Engkau biarkanku sendiri
Aku lemah lagi terbukti
Membutuhkan kasihMu..

Ya Allah
Janganlah Engkau hilangkan hidayahMu
Kerna itulah yang membantu
Menuju redhaMu

Ku masih berdiri
Hadapi dugaan bertubi
Dengan kasihMu Illahi
Ku mampu bertahan diri

(Chorus)

Ku syukuri
Nikmat cintaMu Ya Ilahi
Jika tanpa petunjukMu ini
Sudah pasti kutersungkur kebumi…

Karya : Dr Iwan


Salam sahabat...
Disini kucuba aplikasikan puisiku ini sebagai lirik lagu nasyid..ntah la ok ke x.bleh klu nk komen2...he2..sekadar belaian ritma hati..=>

Saturday, May 16, 2009

Berkatalah...



Mereka bisa bicara
Selagi mampu berkata-kata
Memanfaat pancainderanya
Menuntas persoalan yang menerjah mereka

Mereka bisa ngomong
Walaupun ia hanyalah kosong
Dengan lontaran berbolong-bolong
Sekadar berselindung dibalik ungkapan bohong

Mereka bisa bercakap
Walaupun gayanya waduh tak cekap
Segalanya sudah cukup terungkap
Mereka lansung tak boleh diharap…

Karya : Dr Iwan

Salam sahabat..
Skrg ni kte didedahkan ngn problem politik tanah air kacau bilau dan mcm2 lg la..modal mereka hanya kata2.hasilnya tak tau lg...erm..ntah la..terletak pd tangan kte la sebagai pemilihnya...=>

Saturday, May 9, 2009

Ilmu...

SATU ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.

“Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku.”


Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. “Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya.”

Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: “Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi.”

Balas Syeikh Abdul Kadir: “Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku.”

Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu.

Wujud perbezaan ketara di antara orang berilmu dan jahil. Orang berilmu lebih mulia peribadi dan kedudukannya, bahkan dalam ibadat tinggi kualitinya, manakala kehidupannya pula lebih berhati-berhati, tetapi tidak pada orang jahil.

Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca.

Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui.” (al-Alaq: 1-5)

Menurut Dr Gamal Zakaria dalam bukunya berjudul Jalan Menuju Kedamaian, membaca adalah perintah yang paling penting dan paling bermakna ditujukan kepada seluruh umat manusia.

“Kenapa perintah pertama mesti membaca? Betapa pentingnya membaca, Allah s.w.t menurunkan perintah terbabit pada wahyu pertama dengan mengulangi kalimah iqra’ sebanyak dua kali,” katanya.

Beliau berkata, pada ayat terbabit, Allah s.w.t menjanjikan kepada sesiapa yang membaca kerana Allah akan dikurniakan kepadanya anugerah ilmu, pemahaman dan wawasan baru, walaupun objeknya sama.

“Janji Allah dapat dibuktikan dengan sangat jelas dan pasti, ketika kita membaca ayat al-Quran.

“Semakin banyak dan berulang kali kita membacanya, akan muncul penafsiran baru, pengembangan pendapat terdahulu dan keajaiban walaupun membaca ayat yang sama.

“Begitu juga halnya ketika ahli pengkaji membaca alam jagat raya melalui fenomena dan kejadiannya, akan lahirlah penemuan dan teori baru,” katanya.

Kita mendapati orang yang berilmu tabiatnya suka membaca.

Membaca membekalkan ilmu dan keperluan utama untuk membangunkan sebuah peradaban dan bangsa yang maju.

Dr Gamal berkata, semakin mantap dan bermutu bacaan sesuatu bangsa, semakin tinggi peradabannya.

“Hal ini dibuktikan oleh bangsa yang maju dan memiliki peradaban yang tinggi. Mereka adalah bangsa yang rajin membaca buku berkualiti dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada keperluan hidup mereka.

“Bertitik tolak daripada budaya membaca ini lahir karya agung dalam berbagai-bagai bidang.

“Namun ironinya, masyarakat kita pada hari ini adalah masyarakat yang malas membaca termasuk warga kampus.

“Pensyarah dan mahasiswa jarang mengunjungi perpustakaan sehingga masih banyak buku yang belum terjamah.

“Masyarakat kita gemar membaca bahan yang bercorak hiburan, sukan dan hobi berbanding buku ilmiah,” katanya.

Bahkan tidak mustahil juga dengan tabiat malas membaca, menyebabkan semakin ramai orang yang jahil lagi bodoh, sehingga orang ini mengambil tempat dalam masyarakat dan negara, mengakibatkan semuanya punah.

Maksud sabda Nabi s.a.w berikut wajar direnungi: “Allah tidak menarik kembali pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang yang berilmu. Apabila orang berpengetahuan sudah punah, masyarakat mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin dan tempat bertanya. Orang ini akan berfatwa tanpa ilmu, mereka itu sesat dan menyesatkan.”..=>

Wednesday, May 6, 2009

Kembalikan semangatku...



Kemana hilangnya semangatku?
Ia pergi meninggalkan aku
Yang dulunya sering menemani aku
Merentas lautan dan cabaran yang berliku

Kemana perginya harapan?
Tika jiwa ini ketandusan kekuatan
Tika hati ini merindukan dorongan
Menerobos jalan menuju kejayaan

Kemana lenyapnya impianku?
Yang dulunya teguh mengekori waktu
Kekuatan dalaman yang teguh berpadu
Tanpa menoleh pada siapa yang mengejarku

Oh Tuhan
Jika ini adalah ujian
Atau dariMu sebagai hukuman
Atas kekhilafan serta kesalahan tindakan
Oleh hambaMu ini yang penuh dengan kealpaan

Oh Tuhan
Kembalikanlah semangat dan jua harapan
Berikanlah semula keteguhan impian
Agar dikurniakan kembali kekuatan
Menuju kejayaan atas semua ujian…

Karya : Dr Iwan