I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 31, 2010

Enjoy b4 busy...=>





Thursday, January 28, 2010

Pandangan pertamaku...


Pada pandangan pertamaku
Sejak pertemuan itu
Dibalik kerlingan matamu
Hatiku telah terdetik terhadap dirimu

Hari demi hari yang berlalu
Dambaan hatiku ini hanya buatmu
Sedangkan takkan mungkin kau milikku
Biarlah hati ini hanya menunduk malu

Sosok dirimu seringku damba
Menatap dirimu buatku bahagia
Walaupun hati ini tak mampu berbicara
Alis mataku ini mampu meluahkan semua

Kutahu dirimu sedang berbahagia
Terang disinari cahaya cinta
Doaku buatmu yang tak mungkin kulupa
Datanglah padaku jika kau terluka…

Karya : Dr Iwan

Sekadar karya mengisi masa santai...=>

Wednesday, January 27, 2010

Stress...i want it!!!!


Salam sahabat...

Saje nk share...tgh stress ni...sbb nk sgt satu bnde ni sampai2 termimpi-mimpi..huhu..tp x dpt permission nk beli..so kne thn la..dh lme sebenarnyer nk jam ni..dh 3 thn lbih dk tgk2...huhu..skrg die tgh sale n trunkn harga sket..mmg nk sgt rse...huhu...tp nk beli x dpt permission plk..siap kne pesan lg supaya thn nafsu tu...adussss

Harap2 la x de org yg beli jam ni coz ad satu je lg model ni yang tinggl...aduhaiii...klu ad org yg dh beli nnti..melepas la jwbnye...nk thn beberapa bln lg..tnggu ble dh dpt permission..rse mmg btul2 nk angkat jam ni..sbb minat sgt..tp kne spend RM1000 la utk die...huhu......stress2...=<

Tuesday, January 26, 2010

Hari baru bermula...=>





Saturday, January 23, 2010

Bayu itu...


Terasa dingin lembutnya bayu
Menusuk ke tulang dinginnya itu
Betapa damainya disudut hatiku
Indahnya kuasa alam kurniaan Yang Satu

Deruan suara angin yang mendayu
Bisikan suara yang menusuk kalbu
Nyiur turut menarikan alunan lagu
Patuhnya alam padaMu Ya Rabbku

Setiap hela nafas yang dihirup
Tersimpul hikmah yang beribu
Tanda cinta pada makhlukNya yang hidup
Betapa ruginya yang melepaskan peluang itu

Mungkin pada suatu masa tertentu
Kita takkan mungkin selamanya disini
Bergerondonglah hapuskan dosa-dosa itu
Agar NurNya menyinari tika kembalinya kita nanti…

Karya : Dr Iwan

Thursday, January 21, 2010

Sembahyang hajat...





Monday, January 18, 2010

Aku malu...


Jalan yang sepi itu
Tampak suram untuk dilalui
Bukan tiada cahaya yang menyuluh
Tapi ditabir dengan dosa yang mengotori

Jalan yang lurus itu
Terasa jauh untuk dilangkahi
Berat kaki ini untuk melangkah
Dibebani maksiat yang sering terkhilafi

Jalan yang sepi dan lurus itu
Ingin sekali untuk aku lalui
Tapi aku tersangat malu
Malu dengan dosa dan durhakaku padaMU…

Karya : Dr Iwan

Thursday, January 14, 2010

My new golf shoes...=>




Salam sahabat...

Lame x update blog..so post kali ni just for fun bfore msuk kedunia yg pnuh kesibukan tyme2 cuti camni..Bru semalam sje je nk pg shopping trnmpak kasut golf ni cam smart gak...trus beli..mne tau dgn pkai kasut baru..my swing skill mkin mantap kot.hahah..

Sebenarnya sy anggap ni as my present utk result exm yg lps yg alhamdulillah la tercapai la trget yg sy inginkn..walaupun x cpai sepenuhnya,dpt sket2 pn ok la..alhamdulillah.

Seterusnya msih jauh lg perjuangan di hadapan ni...x tau la bleh cope ke x ni..insyaAllah dgn doa n berkat dr usaha, x kan mungkin kegagalan yg akan dicapai bahkan kejayaan yg digapai..

Mungkin kali ni x nk tulis panjang2 coz bru lps kemas bilik..letih la jgk..ap2 pn sy doakan kpd dri sendiri dan tdk lupa jga kpd sahabat2 seperjuangan dgn harapan kta sma2 menggapai kejayaan n victory yg kita inginkan..amin..

Wassalam...=>

Sunday, January 10, 2010

Akal Setipis Rambutnya...

Salam sahabat...sekadar perkongsian....

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.

Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan. kerana Rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan ' wan-wan' lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, Apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.

JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...