I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 4, 2008

Ku Mengerti....

Tuhan
Kutahu cintaMu tak tersangkal lagi
Kerana Kau adalah Yang Maha Penyayang
Setiap yang Kau paparkan
Semuanya terselit hikmah yang tersembunyi
Setiap yang Kau ujikan
Tersirat kebaikan walaupun berduri

Cuma
Tidak semua manusia ini mengerti
Mengerti akan semua ini
Di fikiran mereka hanyalah keindahan
Kebahagiaan
Dan kegembiraan sebagai tanda
Tanda cintaMu dan kasihMu di dunia yang fana ini

Tapi aku
Semakin memahami akan semua ini
Sekian lama kupelajari apa yang telah Kau papari
Dengan perginya ibu, kebahagiaanku telah Kau curi
Setiap keinginanku sentiasa Kau gagali
Untuk berkongsi kasih pun turut Kau halangi
Tapi aku mengertiErti ranjau kehidupan ini
Yang melahirkan cinta ini kepadamuMu Ya Rabbi
Aku pasti
Teramat pasti!!
Bahawa
Suatu hari nanti
Apa yang amat kuidamkan selama ini
Akan hadir
Menjelma di hadapan mataku ini
Sebagai penghargaan dariMu
Yang amat sukar dimiliki
Hanya untuk teristimewa
Istimewa untuk makhluk yang Kau cinta Ya Ilahi......

Karya: Dr Iwan