Telah lama aku menyendiri
Bersembunyi ketakutan di alam sepi
Menitik noktah pada satu lembaran
Menyelongkar kembali kekuatan iman
Terkadang aku keliru
Yang mana harus kudahulu
Fana dunia atau akhirat menjadi pilihan
Hanyut dibuai angan dan impian
Jernih sungguh mainan Tuhan
Teladan dan hikmah yang dipermainkan
Merobek segala noda yang terbuku
Menjernihkan kembali hati yang buntu
Ingin aku bangkit kembali
Dengan rahmat kekuatanMu Illahi
Walaupun ku malu untuk melafazkan
Tuntunlah ku kembali kepadaMU Tuhan….
Karya : Dr Iwan
Sunday, October 31, 2010
Inginku bangkit kembali...
Sunday, May 23, 2010
Mengenangmu...Selamat tinggal kenangan....

Tak bisaku sendiri
Akan ku terkenang wajahmu yang ayu
Yang sentiasa bermain difikiranku ini
Kenangan terindah tika waktu bersamamu
Dulu…
Ingatkah dikau pada tika itu?
Kusunting kalimat permintaan hati
Walaupun dirimu menolak di awal waktu
Diriku diterima dipersenjangan hari
Kini…
Saat ku rindu padamu
Tidak kau balas satu pun pesanku
Sedih sayu hatiku menangis
Saban waktu hatiku terhiris
Kutahu dirimu menjauh
Kerna restu yang menjadi tabir
Tapi cintaku tetap utuh
Walau perpisahan menyurat takdir
Kelmarin itu…
Airmataku tergenang tika dirimu mengabarkan
Yang dirimu sudah dilamar pengganti
Yang bakal menjadi permaisuri di persandingan
Yang akan meninggalkan diriku sendiri
Tiada kata yang mampu kuluahkan
Hanya titisan airmata yang luruh kesedihan
Semoga dirimu kecapi kebahagiaan
Kenanglah diriku yang jauh diperantauan…
Selamat tinggal kenangan...........
Karya : Dr Iwan
Saturday, May 22, 2010
Istiadat Anugerah Pengakap Raja Di Istana Maziah




Salam sahabat...
Alhamdulillah setelah sekian lame menunggu..akhirnya anugerah diterima...tp,ketika istiadat,ak pula yg tidak dapat menghadirkan diri ke Istana Maziah..huhu..sedey yg memang sgt kurasakan...ini kerana tanggungjawabku lg besar di hospital yg mne bukan berada di malaysia..tp diluar malaysia..huhu..ak x dpt cuti n x dpt balik mesia...
Tp x pe la,walaupun x dpt prgi..ak dpt tgk pic2 yg teman baik ak kirim yg mne dialah teman seperjuanganku dlm pergerakan pengakap ini sampai la kami dianugerahkan Pengakap Raja..tahnia utk kite sahabatku...
Untuk pengetahuan sahabat,istiadat ini berlansung 2 hari dimana semalam di hotel bersama Ketua Pengakap Negara dan hari ini di Istana Maziah bersama Sultan Terengganu...
Sebenarnya perjuanganku dlm berpengakap ini adalah untuk membuktikan bahawa walaupun aktif dlm beruniform,ak ttp ingin menjadi pelajar yg berprestasi dn alhamdulillah tuhan membantuku dlm perjuangan ini dimana ak insyaAllah menjadi seorang dokter perubatan dan juga ak mendapat anugerah tertinggi dlm pengakap...perjuanganku berhasil..syukur Alhamdulillah..hal ini kerna sebelum ini sering kita ditomahkan kalau jika aktif dlm berpersatuan,pasti tdk berjaya dlm pelajaran..semoga tohmahan ini dibuang...semoga sahabat2 ku dan adik-adikku yang lain juga dpt mengecapi kejayaan yg sama...amin...=>
Sunday, May 9, 2010
Bantulah aku...

Ya Tuhan
Dalam kedinginan titisan embun ini
Ku termenung bertemankan syahdu
Memikirkan nasib diri
Yang sering menjauh dari keinginanku
Ya Tuhan
Kenapa seringku ingin mendekati
Kau terus mendugai aku
Menguji emosiku ini
Mempertaruhkan rasa imanku
Ya Tuhan
Bantullah hambaMu ini
Yang sering longlai dengan keinginan nafsu
Menjerumuskan aku ke lembah berduri
Lemas terkapai ku tanpa dibantu
Ya Tuhan
Tidak jemukah Engkau menguji
Melenyapkan harapan yang menjadi dambaku
Membuatku pasrah sendiri
Mengharapkan sepenuhnya pada hikmahMU
Ya Tuhan
Doa kupohon saban hari
Jeda antara waktu sujudku
Bukankanlah akanku pintu hati
Tetap sujud pada AgungMu...
Karya : Dr Iwan
Wednesday, April 14, 2010
Aku Ingin Mencintai-Mu
Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
Reff:
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi
Pencipta :
Album : Muhasabah Cinta
Label : Edcoustic
Sunday, April 11, 2010
CintaNya...

Salahkah ku menyinta?
Sedangkan ia fitrah manusia
Datangnya ia bukan disengaja
Datangnya ia tanpa dipaksa
Layakkah ku untuk menyinta?
Sedangkan aku serba kekurangannya
Layakkah aku untuk disampingNya
Sedangkan ku sering khilaf terhadapNya
Mampukah ku untuk menyinta?
Sedangkan diriku sering tak terjaga
Gelodak nafsu mencemar jiwa
Tertunduk ku malu di hadapanNya
Setiakah ku untuk menyinta?
Kerna ku sering curang terhadapNya
Terlalu leka dengan dunia
Yang merentap waktu sujudku padaNya
Akan ku akui cintaku padaNya
Setelah ku mampu menggubah jiwa
Menjadi jalinan sulaman cinta
Yang tetap menyala kehujung nyawa
Karya : Dr Iwan
Salam sahabat....
Alhamdulillah sudah sekian lame sy x mengupdate blog kerna dicuri waktu oleh kerja-kerja di hospital...pd kesempatan ni sy ingin meluahkan rasa yg mne semakin busy hidup kite,terasa makin jauh dariNya...sering kite leka ngn perjalanan dunia...doa sy semoga HIDAYAH dan TAQWA sentiase bersama kita...amin..wassalam
Tuesday, February 9, 2010
Hapuskan amarah dgn cinta...=>

Salam sahabat...
Alhamdulillah...best gak ceramah kt msjid mlm ni..tema yg diutarakan oleh ustaz tersebut adalah 'hapuskan amarah dengan cinta'...dgr tjuk die pun dh best...bende baru yg sy bru dpt mlm ni adalah manusia ini terdiri dr tujuh unsur yg mengawal setiap perbuatan n tingkah laku dia iaitu 'latifah' sbg kata majmuk dan kata unsurnya 'latif' yg bermaksud benda2 halus...jadi gabungan ketujuh-tujuh unsur ini yang kita ringkaskan sbg 'latifah'...
Bercakap mengenai 'latifah' ini...ia berkait rapat ngn amalan Rasulullah yang diyakini oleh ulama2 dimana Rasulullah akan sentiasa beristigfar 70 kali satu hari(pendapat ulama lain,lain pula...x perlu dipertikaikan).....
Kita sambung balik mengenai hapuskan amarah dengan cinta plk...setiap manusia di dunia ini dikurniakan satu perasaan yg kita namakan sbg 'CINTA'...bahkan haiwan lain pn turut memiliki perasaan sedemikian...tak sedikit org yg tersalah anggap mengenai istilah 'CINTA' ini...klu kita memasuki alam remaja,istilah cinta ini digunakan sbg ayt2 utk mereka berpasang-pasangan dgn lain jantina...betapa ceteknya pemahaman mereka ini...
Cinta ini boleh ditujukan kpd semua benda...bila kta cinta,maknanya hati kita dekat dgn ap yg dicintai kita itu...kita jga akan melakukan apa sahaja untuk itu termasuk mengorbankan diri kita sendiri...jd,kita dpt lihat betapa besarnya makna cinta tersebut...untuk dikaitkan dgn tema kita,ustaz itu mengambil analogi seorang datuk yg sdg bersama dgn cucunya...tiba2 cucunya tersebut mematahkan kacamata datuk itu...so,cuba kta bayangkan datuk ini adalah seorang bekas polis yg sangat bengis dahulunya...jika org lain yg patahkan kacamata dia,kita pasti dpt bayangkan ap yg akan terjadi...tetapi disebabkan yg mematahkan tersebut adalah cucunya...persaan cinta pd cucunya tersebut mengatasi perasaan amarahnya...bahkan si datuk ini mungkin berkata...."tak apa cu...alhamdulillah tangan cu x luka terkene serpihan kacamata tu..klu x,kesian cu..kacamata ni atuk bleh beli yg lain..bahkan nanti atu beli yg plg bagus supaya klu cu pegang x cederekan cu..."
Jadi disini apa yg kita bisa nampak adalah...dengan kita menyintai,kita mampu menghilangkan perasaan amarah kita itu...seperti juga dgn Allah...Dia tau makhluknya banyak membuat dosa,tetapi kerna cintaNya lebih kluat,Dia tdk murka pd makhluknya bahkan mengampunkan dosa2 makhluknya....
Kesimpulannya...sma2 lah kita menyintai satu sma lain dan juga sentiasa memaafkan kesalahan org....mungkin ini sahaja yg dpt sy share mlm ni...semoga bermanfaat...wassalam...=>
Sunday, January 31, 2010
Thursday, January 28, 2010
Pandangan pertamaku...

Pada pandangan pertamaku
Sejak pertemuan itu
Dibalik kerlingan matamu
Hatiku telah terdetik terhadap dirimu
Hari demi hari yang berlalu
Dambaan hatiku ini hanya buatmu
Sedangkan takkan mungkin kau milikku
Biarlah hati ini hanya menunduk malu
Sosok dirimu seringku damba
Menatap dirimu buatku bahagia
Walaupun hati ini tak mampu berbicara
Alis mataku ini mampu meluahkan semua
Kutahu dirimu sedang berbahagia
Terang disinari cahaya cinta
Doaku buatmu yang tak mungkin kulupa
Datanglah padaku jika kau terluka…
Karya : Dr Iwan
Sekadar karya mengisi masa santai...=>
Wednesday, January 27, 2010
Stress...i want it!!!!
Salam sahabat...
Saje nk share...tgh stress ni...sbb nk sgt satu bnde ni sampai2 termimpi-mimpi..huhu..tp x dpt permission nk beli..so kne thn la..dh lme sebenarnyer nk jam ni..dh 3 thn lbih dk tgk2...huhu..skrg die tgh sale n trunkn harga sket..mmg nk sgt rse...huhu...tp nk beli x dpt permission plk..siap kne pesan lg supaya thn nafsu tu...adussss
Harap2 la x de org yg beli jam ni coz ad satu je lg model ni yang tinggl...aduhaiii...klu ad org yg dh beli nnti..melepas la jwbnye...nk thn beberapa bln lg..tnggu ble dh dpt permission..rse mmg btul2 nk angkat jam ni..sbb minat sgt..tp kne spend RM1000 la utk die...huhu......stress2...=<
Tuesday, January 26, 2010
Saturday, January 23, 2010
Bayu itu...

Terasa dingin lembutnya bayu
Menusuk ke tulang dinginnya itu
Betapa damainya disudut hatiku
Indahnya kuasa alam kurniaan Yang Satu
Deruan suara angin yang mendayu
Bisikan suara yang menusuk kalbu
Nyiur turut menarikan alunan lagu
Patuhnya alam padaMu Ya Rabbku
Setiap hela nafas yang dihirup
Tersimpul hikmah yang beribu
Tanda cinta pada makhlukNya yang hidup
Betapa ruginya yang melepaskan peluang itu
Mungkin pada suatu masa tertentu
Kita takkan mungkin selamanya disini
Bergerondonglah hapuskan dosa-dosa itu
Agar NurNya menyinari tika kembalinya kita nanti…
Karya : Dr Iwan
Thursday, January 21, 2010
Monday, January 18, 2010
Aku malu...

Jalan yang sepi itu
Tampak suram untuk dilalui
Bukan tiada cahaya yang menyuluh
Tapi ditabir dengan dosa yang mengotori
Jalan yang lurus itu
Terasa jauh untuk dilangkahi
Berat kaki ini untuk melangkah
Dibebani maksiat yang sering terkhilafi
Jalan yang sepi dan lurus itu
Ingin sekali untuk aku lalui
Tapi aku tersangat malu
Malu dengan dosa dan durhakaku padaMU…
Karya : Dr Iwan
Thursday, January 14, 2010
My new golf shoes...=>
Salam sahabat...
Lame x update blog..so post kali ni just for fun bfore msuk kedunia yg pnuh kesibukan tyme2 cuti camni..Bru semalam sje je nk pg shopping trnmpak kasut golf ni cam smart gak...trus beli..mne tau dgn pkai kasut baru..my swing skill mkin mantap kot.hahah..
Sebenarnya sy anggap ni as my present utk result exm yg lps yg alhamdulillah la tercapai la trget yg sy inginkn..walaupun x cpai sepenuhnya,dpt sket2 pn ok la..alhamdulillah.
Seterusnya msih jauh lg perjuangan di hadapan ni...x tau la bleh cope ke x ni..insyaAllah dgn doa n berkat dr usaha, x kan mungkin kegagalan yg akan dicapai bahkan kejayaan yg digapai..
Mungkin kali ni x nk tulis panjang2 coz bru lps kemas bilik..letih la jgk..ap2 pn sy doakan kpd dri sendiri dan tdk lupa jga kpd sahabat2 seperjuangan dgn harapan kta sma2 menggapai kejayaan n victory yg kita inginkan..amin..
Wassalam...=>
Sunday, January 10, 2010
Akal Setipis Rambutnya...
Salam sahabat...sekadar perkongsian....
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namum Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah suisnya.
Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan. kerana Rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja - negarawan, karyawan, jutawan dan ' wan-wan' lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, Apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan secretary, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...
Sunday, December 27, 2009
Bait perjuangan...

Bait-bait kata yang terungkap
Mengukir makna yang tersemat
Menggali lesu di bibir yang kaku
Terlontar madah yang tiada ragu
Noda suara lantang bicara
Melodi nada menguntum makna
Biar tersurat dan jua tersirat
Bukan sekadar himpunan kalimat
Langkah diatur sesuai kata
Pantang mundur walau selangkah
Bukan hanya aku menjunjung rasa
Jua Kau yang mengerti dalam hikmatnya
Hati terpaku dengan kalimah
Laungan semangat kalimah syahadah
Menguntai indah alunan zikrullah
Tersemat erat menghapus gundah
Ikhlas terpancar di raut wajah
Rahmat tuhan penuntun langkah
Agar ku kuat bersemi tabah
Harungi jalan berliku payah
Tiada kesenangan sebagai hadiah
Tanpa dugaan diliku dakwah
Kerna beban itu tergalas di pundak
Menanti kita nadi penggerak
Jangan sekadar melepas lelah
Kerana janjiNya terukir indah
Janganlah pula sekadar madah,
Tercoret dalam puisi indah,
Kerana FirdausiNya tak pernah mudah,
Butuhkan perjuangan yang tanpa noktah…=>
Karya : Dr Iwan & Dr Atirah
Sunday, December 13, 2009
Masih ada ruang untukmu...

Kau termenung sendiri
Mengenangkan nasib diri
Yang telah jauh terhempas
Masih ada ruang untukmu
Liku-liku hidup dilalui
Madah bicara pengubat hati
Pengubat hati yang lara
Masih ada ruang untukmu
Noda yang telah mengotori
Terasa hidup ini sudah tak bererti
Mahkota kesucian telah terhilangkan
Masih ada ruang untukmu
Allah itu Maha Pengasih Hani
Juga Maha Mengampuni
Lupakan yang silam mulakan yang baru
Masih ada ruang untukmu
Lapangkanlah hati
Muhasabahkan diri
Masih ada yang bisa menyambutmu
Masih ada ruang untukmu…
Karya : Dr Iwan
Salam sahabat...
Puisi ini saya dedikasikan kepada sahabat2 kita diluar sana yang telah tergelincir dari jalan hidupnya dan cuba utk kembali ke pangkal yang seharusnya terutama akhwat2 kita yang sedang berada di Raudhatuh Sakinah...doa kita semoga mereka diberi ketenangan dan semangat yang baru...amin.=>
Monday, December 7, 2009
UNTUNGNYA MENCINTAI TUHAN...
Salam sahabat...
Roh semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa. Sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.
Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.
Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang berrmacam-macam.
Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun is tidak salah. Cinta itu tidak abadi.
Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.
Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.
Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebaliknya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaatiNya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.
Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya.
Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:
1. Tiada kecewa
Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.
2. Tiada saingan
Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.
3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan
Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut.
Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.
4. Dapat kawan dan perpaduan
Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.
5. Menghilangkan mazmumah
Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.
Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.
6. Disenangi oleh orang
Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.
Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.
7. Tidak akan kesepian atau keseorangan
Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.
Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.
8. Jalannya luas dan selamat.
Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.
Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang
Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hail makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita cinta.
Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya. Kasih sayang Allah pada makhlukNya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.
i. Dari sudut ilmu
Banyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.
ii. Di sudut realitinya
Dalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana:
a) Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.
b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita beriman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat balk seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab NerakaNya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.
c) Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?
d) Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapar dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?
e) Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.
f) Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.
g) Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.
h) Allah jugalah yang menggilirkan malam dan slang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.
Cukuplah sekadar itu senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung, seperti firman Allah:"Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya."
Berdasarkan hujah-hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembahNya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.
Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segala-galanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya.
Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat...=>
Thursday, December 3, 2009
Hedonis...

Meniti hari yang berlalu
Berjuta insan yang tersungkur
Rebah kaku dengan noda
Dengan nafsu pemusnah diri
Saban hari yang dijalani
Terbuka mata yang menutup
Tercalit dosa dari zina hati
Hilang sinar dari hati yang terkatup
Dimana silapnya semua ini
Persalahkan takdir atau diri sendiri
Hanyut dalam buaian hedonis
Tiada lagi hidup yang harmonis…
Karya: Dr Iwan