Oh wanita zaman kini
Adakah engkau mengetahui?
Bahawa martabat engkau tersangat tinggi
Engkau adalah bakal-bakal bidadari
Yang akan menemani para muslim di syurga nanti
Oh wanita zaman kini
Kenapakah engkau tidak mengerti?
Supaya jangan mudah dinodai
Oleh nafsu para lelaki yang hewani
Yang menghancurkanmu bagaikan gergaji
Oh wanita zaman kini
Tidakkah engkau perhati?
Telah ramai wanita seperti ini dihancuri
Mereka telah kehilangan maruah diri
Sehingga ada yang sanggup bunuh diri!
Oh wanita zaman kini
Cubalah engkau fahami
Kalimat yang kucuba sampaikan ini
Engkau adalah lambang kecantikan abadi
Tanda kasih sayang kurniaan Illahi
Yang lahir dari hati insan yang hatinya suci...=>
Karya: Dr Iwan
Tujuh tahun
4 years ago
2 comments:
fuh!terharu aku baco poem mg,
mg wak sndiri ko???
xtahu plok aku mg berbakat!heheh
mantap driver ak..hahah
Post a Comment