I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 25, 2009

Hatiku berbicara...


Hatiku berbicara
Bicara keinginan untuk bersama
Manaburkan debunga impian
Untuk menuju kepuncak harapan

Hatiku berbicara
Bicara dengan berjuta kata
Menyunting bunga ditaman
Suburkan dengan benih keikhlasan

Hatiku berbicara
Tapi kumasih dibelengu dengan jiwa
Jiwa yang meronta dengan kenangan
Kenangan yang tak mungkin bersinaran

Hatiku berbicara
Ungkapan maaf yang terkelu bahasa
Dengan diri ditusuk kekecewaan
Kerna terperangkap dengan dunia khayalan

Hatiku berbicara
Sampai kapan ku sebegini rupa
Kapan kubisa mengorak langkahan
Untuk menggapai syurga kehidupan

Karya : Dr Iwan


Saturday, October 17, 2009

Untukmu yang dinanti...


Untukmu yang dinanti
Terpisah nun jauh dirantauan
Belahan benua yang membahagi
Lansung tak bisa menggugah perasaan

Untukmu yang dinanti
Penantian dirimu membutuhkan kesetiaan
Walaupun kalbumu sering diuji
Tabah dirimu aku banggakan

Untukmu yang dinanti
Kesediaan dirimu terpancar keikhlasan
Merentap hatiku yang erat terpatri
Sosok dirimu aku idamkan

Untukmu yang dinanti
Syurga kebahagiaan yang kita impikan
Apakah bersemi seperti yang diimpi
Atau berderai gugur berhamburan

Untukmu yang dinanti
Bermohon lah kita pada Sang Tuhan
Diluaskan gerbang rahmat dan jua hati
Agar bersatu di mahkota kenikmatan…=>

Karya : Dr Iwan


Salam sahabat...
Alhamdulillah salah satu karya ak tlh dideklamasikan dlm corongan radio nasyid FM...semoge yg lain2 jge mnjadi pilihan..hanya sekadar perkongsian dgn teman2...=>

Friday, October 2, 2009

IKHLAS KAH KITA DALAM PERSAHABATAN…



salam sahabat...
Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…=>