I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 25, 2009

Hatiku berbicara...


Hatiku berbicara
Bicara keinginan untuk bersama
Manaburkan debunga impian
Untuk menuju kepuncak harapan

Hatiku berbicara
Bicara dengan berjuta kata
Menyunting bunga ditaman
Suburkan dengan benih keikhlasan

Hatiku berbicara
Tapi kumasih dibelengu dengan jiwa
Jiwa yang meronta dengan kenangan
Kenangan yang tak mungkin bersinaran

Hatiku berbicara
Ungkapan maaf yang terkelu bahasa
Dengan diri ditusuk kekecewaan
Kerna terperangkap dengan dunia khayalan

Hatiku berbicara
Sampai kapan ku sebegini rupa
Kapan kubisa mengorak langkahan
Untuk menggapai syurga kehidupan

Karya : Dr Iwan


1 comments:

Anonymous said...

Walau cuma seketika
Rasa itu singgah buat kita
Aku bahagia menumpang teduh
Di bawah rimbun tutur katamu
Aku tenang menumpang tabah
Di payungi curah nasihatmu

Terima kasih untuk segalanya..
Ku hargai sampai detik hatiku yang terdalam
Panjatkan doa pada Yang Esa
Rahmat-Nya menghujani hidup kita
Keampunan-Nya melimpahi jalan kita

Tuhan...
Kuatkankan hatiku
Kuatkan hatimu
Teguhkan sabarku
Teguhkan sabarmu
Kerana aku mahu menjadi yang lebih baik
Kerana aku mahu jadi yang terbaik
di mata_Nya, Tuhan...
Dan aku pasti itu mahu mu jua