Salahkah ku menyinta?
Sedangkan ia fitrah manusia
Datangnya ia bukan disengaja
Datangnya ia tanpa dipaksa
Layakkah ku untuk menyinta?
Sedangkan aku serba kekurangannya
Layakkah aku untuk disampingNya
Sedangkan ku sering khilaf terhadapNya
Mampukah ku untuk menyinta?
Sedangkan diriku sering tak terjaga
Gelodak nafsu mencemar jiwa
Tertunduk ku malu di hadapanNya
Setiakah ku untuk menyinta?
Kerna ku sering curang terhadapNya
Terlalu leka dengan dunia
Yang merentap waktu sujudku padaNya
Akan ku akui cintaku padaNya
Setelah ku mampu menggubah jiwa
Menjadi jalinan sulaman cinta
Yang tetap menyala kehujung nyawa
Karya : Dr Iwan
Salam sahabat....
Alhamdulillah sudah sekian lame sy x mengupdate blog kerna dicuri waktu oleh kerja-kerja di hospital...pd kesempatan ni sy ingin meluahkan rasa yg mne semakin busy hidup kite,terasa makin jauh dariNya...sering kite leka ngn perjalanan dunia...doa sy semoga HIDAYAH dan TAQWA sentiase bersama kita...amin..wassalam
Tujuh tahun
4 years ago
2 comments:
salam
CintaNya..
kerjaya seorang doktor memang sibuk.
xpe. teruskan kerjaya dan sumbangan anda.
(^.^)
terima kasih doktor2 yang lain
salam wbt..
kerana kita yang memilih untuk sibuk,
jadi, nikmatilah hidangan kesibukan..
jadikan kesibukan ini suatu yang nikmat,
istirahat kita menanti dihujung waktu
=p
Post a Comment