I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 27, 2008

Hati ini.....

bismillahirrahmanirrahim.....

malam yang sepi ini,
kenapa begitu sukar untukku lelapkan mata,
padahal mata ini tidak bisa melihat apa-apa,
kegelapan malam semata......

tetapi,
seperti ada sesuatu yang bermain di fikiran ini,
sesuatu yang amat menyeksakan,
peritnya itu tidak dapat dibayangkan,
ia tidak bisa disuratkan dengan kata-kata,
tidak bisa juga dipapar dengan perbuatan....

biarlah,
kerana inilah dinamakan pengorbanan,
pengorbanan demi keredhaanNya,
ini lebih bermakna,
berbanding dengan kemanisan yang hanya sementara...

inshaAllah,
mungkin kepedihan ini tidak akan berlama,
bila tiba masanya,
keperitan ini akan berbalas dengan kebahagiaan,
kebahagiaan yang selama ini diidamkan...

kerana hati ini,
ibarat permata,
yang hanya akan dimiliki,
dimiliki oleh insan yang SELAYAKNYA.........

karya: dr iwan

Wednesday, March 26, 2008

cinta n syg......

bismillahirrahmanirrahim..................

perasaan.........setiap manusia tidak terlepas dari diserang dan dihentam oleh perasaan cinta dan syg ini.manusia tanpa perasaan ibarat robot pula.....tp salahkah kita memiliki perasaan ini??........
dilema apakah ini????

bkn tubuh kita sahaja yg memerlukan asupan makanan...hati n perasaan ini juga memerlukan makanan!!.makanannye adalah kasih syg...tdk betulkah kite utk mendapatkannye??..lebih2 lagi bagi insan yang amat ketandusannye..huhh..
kenapelah amat sukar utk menjawab persoaln ini....

adakah benar setiap ape yang kite sayangi n cintai itu tidak semestinye kite memiliki??...betape beratnye makne pepatah ini.....ia memerlukan pengorbanan yang amat tinggi untuk menerimenye.....hanye Tuhan yang tahu erti semua ini.......

Friday, March 21, 2008

success...........

bismillahirrahmanirrahim...........

refer to the tittle...
what do you understand about success?

GIVE ME SOME COMMENT ABOUT THAT....

Thursday, March 20, 2008

Bacalah walaupun seminit...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'
Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .'

Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini,apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'
'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'

'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'
'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.'

'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'
'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'

'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?'
Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya'

'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'
'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, danakan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentias ada sisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?'
'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: 'IBU ' Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu.Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa.....Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah telapakkakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.'

Be Advised

FATWA
Saudi council of Muftis have given an unanimous Fatwa that ring tones on QURAN AAYAT are haraam because the AAYAT are not complete when we pick the phone and meanings of AAYAT changes when they are not complete. QURAN is for Hidayat and not for ring tones, Please inform others

KINDLY PASS THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIM BROTHERS AND SISTERS AS WELL AS FRIENDS

BE ADVISED

Don't say 'Mosque' Say always ' Masjid'Because Islam organization has found that's mosque = mosquitoes

Don't write ' Mecca ' Write always correctly ' Makkah'Because Mecca = house of wines

Don't write ' Mohd' Write always completely as ' Muhammad' Becasue Mohd = the dog with big mouth.

Saturday, March 8, 2008

~5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat~

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?" "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak. Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman Abul Qasim Al-Junaid

Friday, March 7, 2008

PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1.0 Pendahuluan

Ubat dan perubatan merupakan satu bidang yang tidak asing lagi di dalam agama Islam. Malahan kewujudannya telah menjadi bukti dan pelengkap kepada kesyumulan agama Islam. Tidak wujud secara nyata dan bersistematik bidang perubatan ini di dalam agama lain. Bahkan perubatan China yang tidak kurang hebatnya itupun telah cuba disingkapkan bahawa ia mempunyai kaitan dengan teori-teori perubatan yang dicetuskan oleh Ibnu Sina, tokoh perubatan Islam.

Terdapat banyak keterangan dan bukti sama ada daripada al-Quran ataupun hadith yang menerangkan secara langsung ataupun tidak berhubung dengan bidang perubatan di dalam Islam. Umpamanya Allah Swt telah menerangkan bahawa ayat-ayat al-Quran sendiri menjadi penawar kepada orang-orang yang beriman seperti mana yang difirmankan:
وننزل من القرأن ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين ولا يزيد الظالمين الا خسارا
Maksudnya:
Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya, dan sebaliknya Al-quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keengkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al-Isra’:82)
Seterusnya Allah SWT berfirman lagi:
قل هو للذين أمنوا هدى وشفاء والذين لا يؤمنون فى أذانهم وقر وهو عليهم عمى
Maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Al-Quran itu menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar begi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi).
(Fussilat :44)

Selain dari itu, terdapat juga hadith-hadith Rasulullah SAW yang memperkuatkan lagi peripentingnya bidang perubatan di dalam Islam, antaranya Baginda bersabda:
عليكم بالشفاء والقرأن والعسل
Maksudnya:
Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara iaitu al-Quran dan madu.
Seterusnya sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh abu Hurairah r.a yang berbunyi:
قال رسول صلى الله عليه السلام: ما انزل الله من داء الا أنزل له شفاء
Maksudnya:
Sabda ýRasulullah SAW. Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan (juga) penawarnya.
Hadith tersebut telah diperkuatkan lagi dengan hadith lain yang diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hambal:
عن أسامة بن شريك قال: كنت عند رسول الله عليه وسلم وجاءت الاعراب فقالوا: يا رسول الله اتداوى؟ قال نعم, يا عباد الله تداووا فان الله لم يضع له شفاء غير داء واجد قالوا ما هو قال الهزم.
Maksudnya:
Daripada Usamah bin Syarik berkata: Ketika aku bersama-sama Rasulullah SAW, datang sekumpulan orang-orang Badwi, bertanyakan Baginda, apakah boleh kami mengubati penyakit. Jawab Rasulullah SAW: “Yam wahai hamba-hamba Allah berubatlah kamu sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu penyakit itu melainkan dijadikannya juga untuknya penawar melainkan satu penyakit sahaja”. Mereka bertanya apakah penyakit itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Tua”.

Selanjutnya terdapat hadith Rasulullah yang berbunyi:
اسئلوا الله العفوا والعافية وانه ما اوتى احد بعد يقين خيرا من معافاة
Maksudnya:
Pohonlah daripada Allah kempunan dan a’fiat, sesungguhnya seseorang itu tidak diberi (perkara) yang lebih baik selepas keyakinannya melainkan a’fiat.

Menurut para ulama’ yang dimaksudkan dengan a’fiat itu ialah keadaan yang lebih baik daripada sihat. Atau dengan kata lain seseorang itu akan ditambahkan nikmat dan rahmat daripada Allah SWT setelah keyakinannya itu.

2.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN DAN KESIHATAN

Kesihatan yang terjamin dan kehidupan yang menyelesaikan adalah sebahagian tuntutan kehidupan manusia. Sakit pula merupakan ujian daripada penciptanya yang maha bijaksana, manusia diperintahkan supaya berikhtiar melalui jalan perubatan dan ia tidak menafikan tawakkal. Apabila ubat telah serasi dengan penyakit sembuh akan muncul.

Sabda Rasulullah SAW:
عن ابن مسعود رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
ما انزل الله من داء الا وقد أنزل معه شفاء علمه من علمه وجهله من جهله
Sabda Rasulullah lagi:
عن جابر بن عبدالله رضى الله عنهما عن رسول الله صلى الله عليه وسلم انه قال:
لكل داء دواء فان أصيب الداء الدواء برىء باذن عز وجل.

3.0 KEPERLUAN PERUBATAN
Keperluan perubatan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
I. Al-Quranul karim.
II. HADITH,
III. AL ASMAUL HUSNA
IV. DOA,
V. DOA PENDINDING
i. pagi
ii. petang
iii. malam
iv. sesudah sembahyang fardhu
v. selepas menunaikan qada’ hajat

Doa-doa yang dibaca adalah berupa zikir, ayat-ayat al-Quran dan doa keselamatan serta perlindungan. Di antara amalan berbentuk doa pendinding ialah doa pagar di dan rumah.
lain-lain keperluan dalam perubatan ialah:
i. senaman
ii. mengurut

SENAMAN
Pelbagai jenis senaman yang diajar untuk mengekalkan pelbagai jenis kesihatan seperti untuk penggang, suara, awet muda, kekuatan tenaga, nafas dan sebagainya.
Ia juga dapat membina kekuatan mental dan menghapuskan perasaan negatif yang berselindung dalam diri.
Menurut sejarah, sesetengah senaman diubah kepada tarian yang bertujuan menguatkan otot-otot, sendi atau melancarkan pergerakan tubuh badan. Sebenarnya senaman tadi elok dilakukan di waktu pagi dan sebelum tidur.

MENGURUT
Mengembalikan kepulihan urat saraf, dapat melancarkan perjalanan darah, angin, lendir dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Waktu terbaik untuk mengurut ialah waktu pagi dan malam. Alat yang biasa digunakan ialah minyak.

PEMAKANAN
Mengawal kesihatan dengan menjaga pemakanan yang baik adalah lebih diutamakan berbanding dengan menggunakan kapsul-kapsul, pil-pil atau ubatan yang sepertinya. Di dalam Islam, pemakanan yang baik itu dilihat dari segi halal, tiada shubhah dan khasiatnya yang tinggi. Kadar pemakanan yang baik telah disebut oleh Rasulullah SAW.
Masalah yang dihadapi oleh umat Islam hari ini ialah menghadapi makanan yang syubhah dan tidak berkhasiat, di samping itu juga mereka terdedah dengan bahan makanan yang boleh merosakkan keseimbangan kesihatan mereka.

PENGGUNAAN UBAT-UBATAN RAWATAN
Penggunaa ubat-ubatan hanya diperlukan apabila pesakit benar-benar memerlukan penawar tersebut. Ia hendaklah diberikan sekadar yang diperlukan sahaja, kerana pemberian ubat-ubatan yang berlebihan boleh mnyenyebabkan perubahan mizaj atau bad effect di kemudian hari. Di hari ini, kebanyakan pil dan kapsul disertakan dengan kesan sampingan yang tidak mengurangkan kesan yang buruk kepada pesakit.

BEBERAPA RAWATAN UNTUK PENYAKIT
a) Menguatkan ingatan
Makanan-makanan yang kaya dengan glukosa seperti kismis, badam. cengkih,
manakala rempah-rempahnya pula adalah جوز بور

b) Menambahkan darah
Hati binatang, burung, jintan hitam, dan jadam arab.

c) Mencuci buah pinggang
Karpus, jerangan merah

d) Kencing tidak lawas
Kulit buah delima, akar lalang

e) Tension
Perasaan tertekan yang ketara menyebabkan hilangnya pertimbangan mental, dan kawalan bertindak sebarang yang boleh mengurangkan tekanan tersebut boleh
digunakan untuk merawati pesakit tersebut.

f) Histeria

g) Lelah
Burung but-but, burung ciak rumah, udang galah
Boleh juga melakukan rawatan dengan melumurkan tilikan sulung minyak dari
sumbu pelita pada lubang tengkuk yang terlatak di antara dua lubang selangka.

h) Mengelakkan was-was
Was-was adalah satu daripada tipu daya syaitan. Untuk mengelakkannya,
seseorang itu hendaklah membaca

i) Gastrik
Mereka yang menghidapi gastrik hendaklah mengamalkan meminum air susu
tepung tanpa gula di setiap pagi. Lain-lain barang beralkali juga boleh meredakan
penyakit.

j) Disengat binatang berbisa
Apabila disengat binatang berbisa seperti kala jengking tebuan, labah-labah,
pingat dll, bolehlah diasahkan pada air salah satu bahan di bawah iaitu:
i.alit besi
ii.kayu bokor putih
iii.biji asam jawa
Bahan-bahan tadi boleh dicampur untuk dilumur dibahagian yang sakit dan minum.

k) Mengelakkan kesantauan
Kesantauan lebih kerap berlaku melalui santau angin tetapi terdapat beberapa
santau lain yang sering kali dilakukan oleh anggota masyarakat kita. Cara
mengelakkannya ialah dengan membaca di bawah sebelum tidur.
Di samping itu sesetengah ulama’ menambah supaya membaca suratul ma’un

l) Menghilangkan kerinduan
Kerinduan itu tanda kasih tetapi kerinduan keterlaluan boleh memudharatkan diri
sendiri. Untuk mengelakannya, seseorang itu boleh melakukan:
i-melayan perassan tersebut dengan sekali lalu sahaja (kaedah ini banyak
menekankan pronsip ilmu jiwa).
ii-menyediakan dan mencium pakaian keluarga yang dirundui. Pakaian itu
hendaklah terdiri daripada pakaian yang sudah dipakai belum dibasuh.
iii-membaca surah Ad-Dhuha 7 kali pada air di waktu pagi.
Kemudian meminum dan menyapu muka dengan air tersebut.


BEBERAPA KHASIAT HERBA DAN AKAR KAYU

a) Kulit kayu manis
Selsema, menguap dan mengelokkan mata dan luka-luka luar.
b) Jemuju
Melawaskan perut
c) Gerangau merah
Membuang angin-angin dan lendir-lendir, medu uluran, semput dan lelah.
d) Kaff maryam
Memudahkan bersalin
e) Jadam arab
Memecahkan lendir-lendir angin dan darah
f) Halba
Melancarkan suara, melawaskan kencing, memperbanyakkan susu kepada ibu.
g) Biji selasih
mengelokkan suara, menyejukkan tubuh badan
h) Gula batu
Mengelokkan suara, meredakan tengkuk, mengurangkan batuk
I) Rutab (kurma)
Elok dimakan oleh perempuan yang baru bersalin bertujuan
i-menyihat dan menguatkan tubuh badan
ii-membanyakkan susu
iii-mengelokkan peranakan
Ia juga mempunyai kelebihan yang besar kepada mereka yang berbuka puasa dengannya.

HAID
Seringkali sebelum atau selepas kedatangan haid, seseorang perempuan akan merasai sakit-sakit pada bahagian perut dan kemaluannya di samping malas, letih, berat badan dan sebagainya Melatih diri dengan senaman dapat mengurangkan bebanan tersebut.

TIDAK LANCAR PERJALANAN HAID
Kemungkinan perkara ini menimpa disebabkan berlakunya perubahan-perubahan pada sifat darah, faktor-faktor rahim atau tubuh badan tersebut. Lain-lain kesan sampingan dari penyakit tersebut adalah seperti pedih-pedih pada bahagian perut, tulang belakang tengkuk, kencing tak lawas, hilang selera makan dan lain-lain. Ia boleh dirawati dengan memakan jintan hitam. Bahan yang sama juga boleh digunakan sesudah mengambil pil pencegah haid (ketika mengerjakan umrah) bagi mengelakkan senggugut dari melanda seseorang di kemudian.

GANGGUAN MAKHLUK GHAIB

Sama ada disebabkan permusuhan, kekosongan atau sebagainya, gangguan ini seringkali menimpa mereka yang lemah pertahanan rohaninya. Ia boleh menyebabkan kesakitan, kelainan sikap dan kerosakan mental.
Oleh kerana ia merupakan bidang ilmu yang sulit, maka rawatan terbaik, pesakit dinasihatkan agar memperdekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amalan-amalan kerohanian yang menguatkan jiwa.

Diantara ayat-ayat dibaca seperti berikut:
1) Al fatihah
2) Al- Baqarah 1-4
3) Al-Baqarah 63-64
4) Al-Baqarah 255
5) Al-Baqarah 286
6) Al-Imran 18
7) Al-Imran 26-27
8) Al-A’raf 54
9) Al-A’raf 118-122
10) Yunus 79-82
11) Taha 65-69
12) Saffat 1-10
13) Al-Hasyr 21
14) Al-Ikhlas 3 kali
15) Al-Falak dan An-Nas 3 kali

Di antara sebab-sebab gangguan makhluk halus ialah:
1) Pertahanan diri yang lemah
2) Penakut atau lemah semangat
3) Permusuhan sama ada secara disedari atau tidak, Orang yang ingin bermusuh itu
mengupah bomoh untuk mengkhianati dan menyakitkannya. Seringkali juga berlaku mereka yang bermusuh itu sendiri adalah terdiri daripada bomoh- bomoh. Ketika ini, ia tidak perlu mengupah orang lain lagi sebaliknya melakukannya sendiri.
4) Dendam akibat ditolak peminangan, memungkiri janji, dikhianati atau sebaliknya.

Di antara bentuk-bentuk gangguan pula adalah seperti:
1) santau
2) polong
3) hantu raya
4) jembalang tanah
5) dewi-dewi (berterbangan di udara)
6) hantaran-hantara yang ditanam di tempat-tempat tertentu
7) gangguan makhluk-makhluk (ghaib) yang berupa penunggu sesuatu tempat.

Di antara teknik-teknik pengesanan yang mudah untuk mengesan gangguan di atas ialah:
1) mimpi
2) penjelasan-penjelasan mengenai bentuk gangguan
3) waktu, masa dan ketika ( sama ada secara berkala, terapung dan lain- lain.)

BEBERAPA CATATAN


i) Air tulang belakang
Mengambil air tulang belakang banyak meninggalkan kesan buruk seperti tidak bermaya, pitam, hilang iangatan dan lain-lain.
ii) Meninggalkan Khitan kepada perempuan
Berbeza dengan lelaki, meninggalkan khitan di kalangan perempuan akan menambahkan dan meninggikan shahwat keperempuanan sehingga sampai ke tahap yang tidak dapat disekat.
iii) Rubella

Bernafsu Taat

Manusia sejatinya merupakan perpaduan antara aspek jasmani dan aspek rohani. Jasmani atau jasad digerakkan oleh nafsu yang memiliki kecenderungan hewanih. Sedangkan, rohani senantiasa dibimbing oleh iman yang selalu tunduk dan patuh kepada Allah. Manusia beriman dalam konteks ini memiliki sifat-sifat malaikat yang tidak pernah melakukan perbuatan maksiat dan durhaka kepada Allah. Namun, malaikat didisain untuk tidak memiliki hawa nafsu, sehingga wajar saja malaikat selalu berada dalam puncak keimanan dan pengabdian secara total kepada-Nya. Manusia itu dianugerahi nafsu, tetapi masih bisa menyamai ketaatan malaikat. Masalahnya adalah mengapa manusia kerap kali tidak berdaya menolak sentakan hawa nafsu, padahal ia menyadarinya. Misalnya, terlalu banyak orang yang mengerti bahwa mencuri harta negara itu perbuatan melanggar hukum dan bisa membuat sengsara rakyat, namun tangannya tidak kuasa menghindarinya. Begitu pula, saat seseorang melakukan kebohongan, memutarbalikkan fakta, memakan yang haram, memandang yang dilarang, dan mendengar cerita bohong yang menghasut, panca indera tidak berkutik menolak semua bujuk rayu hawa nafsu tersebut. Itu terjadi lantaran hawa nafsu masih dominan bersarang di dalam kerajaan diri seseorang. Dikatakan, ''nafsu itu bisa mengakibatkan raja-raja menjadi budak, sedangkan sabar menjadikan seorang budak menjadi raja. Bahagialah bagi mereka yang rohaninya menjadi raja, sedang nafsu menjadi tawanan.'' (Ibn Hajar al-Asqalani dalam Nashaihul Ibad) Menurut Ibn Athaillah dalam al-Hikam, hawa nafsu atau syahwat tidak dapat diusir dari dalam hati kecuali oleh rasa takut yang menggetarkan atau rindu yang menggelisahkan. Maksudnya, hawa nafsu yang sudah mendalam, mempunyai kekuatan yang luar biasa. Karena itu, Ia tidak dapat diusir, kecuali oleh kekuatan yang lebih besar. Takut yang menggetarkan adalah takut terhadap balasan Allah atau rindu terhadap apa yang dijanjikan Allah. Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah menjelaskan bahwa sebagian orang yang ''mengerti'' berkata, ''Perjalanan 'orang-orang yang mencari' itu berakhir dengan mengalahkan hawa nafsu. Barang siapa yang telah mengalahkan hawa nafsunya, ia telah menang dan berhasil. Sebaliknya, siapa yang dikalahkan oleh hawa nafsunya, ia termasuk orang-orang yang merugi dan menuai kehancuran''. Allah menegaskan, ''Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Allah dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggalnya.'' (QS Al-Nazi'at: 40-41). Mudah-mudahan penduduk negeri ini, baik pemimpin dan rakyatnya, mampu menundukkan nafsu angkara murka dan kehancuran. Mereka menjadi bernafsu untuk beriman dan bertakwa kepada Allah. Sehingga, Allah menjadikan negeri ini penuh keberkahan.M Arifin Ilham

Kata-kata Hikmah

'Berhantilah mendramatisasi keadaan dengan lamunan-lamunan kosong.Selain kita akan menjadi pencuri waktu yang malang,lamuanan juga membuat kita sengsara'