I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 2, 2009

IKHLAS KAH KITA DALAM PERSAHABATAN…



salam sahabat...
Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…=>

7 comments:

amy emyla said...

ak ikhlas kawan ngan mu due...
hahahha
(^_^)!

Anonymous said...

(^_^)! nak tau demo kawe? try pinjam duit? boleh dok?..demo kawe kawe..

Anonymous said...

macam mana pulak jika kekurangan dan kesilapan sahabat kita itu sudah ditegur tapi masih tiada perubahan .Malah kekurangan itulah yang sering membawa pertelingkahan dan bermasam muka.Kadang2 walapun kekurangan itu nampak kecil namum disebabkan pekara kecil itu sering terjadi maka luka yang kecil semakin mendalam.Agak susah apabila bersahabat dengan seseorang yang enggan mengakui kesilapan diri dan cuba menyalahkan orang lain terhadap sesuatu yang berlaku .Patutkah sahabat begini kita jurangkan sedikit persahabtannya ?.Jika tidak semakin dalam lah luka yang sudah lama terpendam.Kadang persahabtan pun ader dugaanya samaada dugaan itu datang dari kedua2 pihak ataupun sebelah pihak .Tapi jika banyak sangat dan acap kali sangat dugaan itu tambahan pula dari sebelah pihak mungkin persahabatn itu sukar untuk dijalini...apakah pendapat Due?

Anonymous said...

Pndapt ana,andai sesorg tak dpt lg ditegur..jurang bukanlah pemisah utk trus berjauhan..tp itu adlah slh stu cara utk memuhasabah smle diri.Tiada mansia yg smpurna..Nmun,rndu trhdp shbt itu akn terase apbla berjauhan..apbla dkt sukar utk dlafazkn..tp ckuplah mta yg mlihat mgerti ap yg tersirat dhti..ddlm stiap doa psti terselit titpan bt diri bergelar shbt..nilaian keihlasan itu hnya mampu diukur olehNYA..sekian.

Anonymous said...

Kawan-kawan zaman sekarang sudah tidak peduli dengan harga keikhlasan seorang sahabat.Semuanya bersifat keduniaan 'friends with benefit' kebanyakkannya.

zulkiplyjoharis said...

Assalamualikum Saudara,
Alhamdulilah jumpa juga blog yang banyak info. Pasal sahabat ini, saya dah malas nak bincang. Tapi apa pun, sahabat yang sejati memang sukar untuk dicari..... hanya Allah yang tahu segalanya

Anonymous said...

Adakah orang yg dianggap sahabat itu selama ini adalah benar2 sahabat jika dia seperti menjauhkan diri daripada kita disebabkn kita telah mlakukn ksilapn yg mnyakitkn hti byk pihak?? pada ketika itu semua orang seperti marah dan benci serta menjauhi kita... betul2 terasa seperti hilang ssuatu, rasa benar2 berseorangan..Rasa down, spt hndk give up dari pjuangn.. Ikutkn hati, jika dapat kembali ke masa lalu,ingin saya perbaiki segala kesilapan itu agar tidak berlaku semua ini.. ttpi saya cuma insan biasa, tidak berkuasa untuk melakukan semua itu..krna itu telah ditentukan oleh Allah..Apa yg mampu saya lakukan hanyalah berserah dan berdoa kpd Allah agar segala mslh ini akan selesai, segala ketegangan yg timbul akan reda..Berat hati untuk berhadapan dgn mereka semua kerana takut dipulaukn,Apa yg harus saya lakukan untuk perbaiki semua kesilapan itu? Adakah mereka sudi untuk memaafkan saya???bagaimana jika mereka tidak mahu lagi terima dan maafkan saya?dan bagaimana jika jumlah orang yg mmbenci saya bertambah?Dapatkah saya berhadapan dgn smua ini??mampukah saya tabah dalam dugaan ini?