I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 27, 2009

Bait perjuangan...



Bait-bait kata yang terungkap
Mengukir makna yang tersemat
Menggali lesu di bibir yang kaku
Terlontar madah yang tiada ragu

Noda suara lantang bicara
Melodi nada menguntum makna
Biar tersurat dan jua tersirat
Bukan sekadar himpunan kalimat

Langkah diatur sesuai kata
Pantang mundur walau selangkah
Bukan hanya aku menjunjung rasa
Jua Kau yang mengerti dalam hikmatnya

Hati terpaku dengan kalimah
Laungan semangat kalimah syahadah
Menguntai indah alunan zikrullah
Tersemat erat menghapus gundah

Ikhlas terpancar di raut wajah
Rahmat tuhan penuntun langkah
Agar ku kuat bersemi tabah
Harungi jalan berliku payah

Tiada kesenangan sebagai hadiah
Tanpa dugaan diliku dakwah
Kerna beban itu tergalas di pundak
Menanti kita nadi penggerak

Jangan sekadar melepas lelah
Kerana janjiNya terukir indah
Janganlah pula sekadar madah,
Tercoret dalam puisi indah,

Kerana FirdausiNya tak pernah mudah,
Butuhkan perjuangan yang tanpa noktah…=>

Karya : Dr Iwan & Dr Atirah

Sunday, December 13, 2009

Masih ada ruang untukmu...


Kau termenung sendiri
Mengenangkan nasib diri
Yang telah jauh terhempas
Masih ada ruang untukmu

Liku-liku hidup dilalui
Madah bicara pengubat hati
Pengubat hati yang lara
Masih ada ruang untukmu

Noda yang telah mengotori
Terasa hidup ini sudah tak bererti
Mahkota kesucian telah terhilangkan
Masih ada ruang untukmu

Allah itu Maha Pengasih Hani
Juga Maha Mengampuni
Lupakan yang silam mulakan yang baru
Masih ada ruang untukmu

Lapangkanlah hati
Muhasabahkan diri
Masih ada yang bisa menyambutmu
Masih ada ruang untukmu…

Karya : Dr Iwan


Salam sahabat...
Puisi ini saya dedikasikan kepada sahabat2 kita diluar sana yang telah tergelincir dari jalan hidupnya dan cuba utk kembali ke pangkal yang seharusnya terutama akhwat2 kita yang sedang berada di Raudhatuh Sakinah...doa kita semoga mereka diberi ketenangan dan semangat yang baru...amin.=>

Monday, December 7, 2009

UNTUNGNYA MENCINTAI TUHAN...

Salam sahabat...

Roh semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa. Sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan.


Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.

Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang berrmacam-macam.

Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun is tidak salah. Cinta itu tidak abadi.

Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat.

Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya.

Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebaliknya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaatiNya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian.

Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya.

Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:

1. Tiada kecewa

Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.

2. Tiada saingan

Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.

3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan

Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut.

Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.

4. Dapat kawan dan perpaduan

Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.

5. Menghilangkan mazmumah

Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.

Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.

6. Disenangi oleh orang

Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.
Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.

7. Tidak akan kesepian atau keseorangan

Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.

Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.

8. Jalannya luas dan selamat.

Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang

Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hail makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita cinta.

Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya. Kasih sayang Allah pada makhlukNya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.

i. Dari sudut ilmu
Banyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.

ii. Di sudut realitinya
Dalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana:

a) Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.

b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita beriman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat balk seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab NerakaNya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.

c) Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?

d) Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapar dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?

e) Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.

f) Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.

g) Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.

h) Allah jugalah yang menggilirkan malam dan slang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

Cukuplah sekadar itu senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung, seperti firman Allah:"Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya."

Berdasarkan hujah-hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembahNya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi laranganNya.

Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segala-galanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya.

Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat...=>

Thursday, December 3, 2009

Hedonis...


Meniti hari yang berlalu
Berjuta insan yang tersungkur
Rebah kaku dengan noda
Dengan nafsu pemusnah diri

Saban hari yang dijalani
Terbuka mata yang menutup
Tercalit dosa dari zina hati
Hilang sinar dari hati yang terkatup

Dimana silapnya semua ini
Persalahkan takdir atau diri sendiri
Hanyut dalam buaian hedonis
Tiada lagi hidup yang harmonis…

Karya: Dr Iwan

Friday, November 27, 2009

Maafkanlah...


Deruan ombak yang menyisir
Dengungan angin yang bertiup
Bagai melodi yang mengingatkan
Ingatan syahdu tika pertemuan itu

Mahligai bersama yang diimpi
Ikatan janji yang dipatri
Dua hati ini menjadi tugu
Benih cinta harapan yang satu

Hari demi hari yang berlalu
Kemanisan dirasai yang tak terganti
Walau terkadang pedih yang dirasai
Tak terlupakan walau sedetik yang berlalu

Indah sungguh kuasa Yang Satu
Hanya Dia Yang Maha Tahu
Istana bahagia yang didiri
Roboh tersungkur menyujud ke bumi

Bukan benci menjadi alasan
Bukan jarak menjadi penghadang
Tapi restu yang menjadi penghalang
Terpaksa perasaan yang kuhancurkan

Dirimu umpama sebutir permata
Permata yang dicari yang telah kutemui
Tapi kehendak Illahi yang menjadi utama
Maafkanlah segala khilafku selama ini…

Maafkanlah…………………

Karya : Dr Iwan

Wednesday, November 25, 2009

Semalam kuberlari...


Semalam kuberlari
Menuju sinar yang tersuluh terang
Jauh di ufuk yang redup
Tersungkur aku diperjalanan itu

Kucuba bangkit kembali
Dengan kobaran semangat yang baru
Langkah demi langkah yang kulalui
Terasa semakin jauh ia dariku

Semakin jauh kukejari
Semakin laju ia menghilang
Hanya bayangan dengan awan yang melitup
Tertusuk duri yang menghiris kalbu

Sampai kapan kubegini
Selagi nafas mampu mengisi paru
Akan kuterus larianku ini
Sehingga kumampu menggapai redhaMU…=>

Karya : Dr Iwan

Monday, November 23, 2009

Lelaki kacak itu didampingi...


Salam sahabat...

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya".

Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.

Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa: "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di
bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita
akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;
Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang
yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal
dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang
mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat."

"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi". Bila pertanyaan selesai, orang
yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu
hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat-malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.

Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

Wallahua'lam...=>

Friday, November 20, 2009

Tahniah...

Salam sahabat...

Alhamdulillah semalam sy dpt berita gembira dimana my sister n my nephew scored 5A's for their UPSR...suke hati rse dimana from this result bleh la both of them apply utk msuk MRSM Ulul Albab dimana for MRSM ni bgus coz my niece pn dh blaja kt sana...yg bgus nya MRSM ini adalah program dia yg mewajibkan studentnya menjadi hafiz or hafizah quran...bgus sgt sistem ni coz selain cemerlang dlm academic,diorg jge cemerlang dlm agama...doaku adalah semoga rezki diorg kt sne...

Bercakap mengenai kecemerlangan...tringat plk kata2 my brother dimana he said.."dlm dunia,tanpa ilmu,siapalah kita"...jd sbg pesanan kpd ahli2 keluarga ku yg lain...sentiasa lah menggapai kecemerlangan dlm keilmuan...ambil lah contoh dr ahli2 keluarga kita yg lain...kibarkanlah bendera victory yg selama ini telah dikibarkan oleh abg2,kakak2 n keluarga kita lain...doaku lagi adalah...semoga mereka ini sentiasa bersemngat dlm menuntut ilmu..UPSR just a beginning...amin...=>

Saturday, November 14, 2009

Bertaut ku padaMu...


Bertaut ku padaMu
Muhasabah diri yang penuh keliru
Lumrah alam yang tak menentu
Hanyut dibuai arus yang berliku

Bertaut ku padaMu
Mendamba cinta dan tuntunanMu
Dari kekejaman cinta dunia yang menipu
Hanya lamunan haluan yang buntu

Menyusur ku kearahMu
Jauh dari nafsi yang cemburu
Tersemat iman mengisi kalbu
Menyempitkan ruang noda dan nafsu

Menyusur ku kearahMu
Melewati jalanan yang dituju
Menghitung sisa hari yang berlalu
Terkupas dosa-dosa yang telah dilaku

Sudilah Kau menerimaku
Walaupun kuhamba yang sering tertipu
Tersering khilaf dihiris sembilu
Terparut noda kutunduk terpaku

Sudilah Kau menerimaku
Taubat nasuha terungkap dibibirku
Melankolik hati yang sering menganggu
Yang kuinginkan hanyalah secebis ampunanMu

Secebis ampunanMu…
Hanya ampunanMu…
Ya Allah ampunkanlah daku………

Karya : Dr Iwan

Salam sahabat...
Dalam hidup ini...x de seorang pun yang mampu terlepas dari melakukan apa-apa kesalahan dari sekecil-kecil kesalahan mahupun sebesar-besar kesalahan...dari situ lah kte perlu sentiasa bermuhasabah diri...apakah yang telah kita lakukan??...apakah kesalahan yang telah kita lakukan??...jadi,dengan kita berinisiatif sentiasa bermuhasabah diri...insyaAllah kita sentiasa dalam keadaan berwaspada...

Kita juga tau bahwa syaitan x kan pernah berhenti dari menggoda kita...tp yang mampu durjana-durjana itu lakukan hanyalah menggugah keimanan dan juga menakutkan kita dengan sesuatu yang sepatutnya kita tidak takutkan...hanya kekuatan diri yang mampu melawan senjata syaitan durjana itu disamping kita sentiasa mendekatkan diri dan memohon pertolongan pada Yang Satu....puisi ini saya dedikasikan kepada semua yang sentiasa bermuhasabah pada diri masing-masing..sekian dari saya...semoga bermanfaat...wassalam...=>

Friday, November 13, 2009

Luahan Hati...


Inginku meluahkan isi hati
Buat seseorang yang senantiasa diingati
Sudah kucuba untuk mengalihkan pandangan ini
Semakin kucuba semakin jua ia merobek hati

Inginku meluahkan isi hati
Pemergianmu membuatku sungguh tidak mengerti
Mengapa dirimu sanggup membuatku begini
Setiap detik dan waktu sentiasa ku merindui

Inginku hancurkan hati ini
Melupakan segala yang pernah terjadi
Segala kebahagiaan yang kau beri
Tetapi sentiasa kegagalan yang kutempuhi

Inginku hancurkan hati ini
Menerima sesuatu yang bisa mengganti
Menggantikan dirimu yang tak terganti
Sehingga penderitaan yang ku lalui

Inginku hati ini kembali
Kembali membajai kebahagiaan yang kudambai
Walaupun takkan mungkin ia berbunga lagi
Tapi hatiku ini masih tetap disini

Inginku hati ini kembali
Membawa keceriaan sinaran duniawi
Menyuluhkan laluan menuju kehidupan abadi
Diriku masih untukmu si bidadari…

Karya : Dr Iwan

Salam sahabat...
Diharap sahabat tdk salah faham mengenai puisi ini...sekadar koleksi karya pribadi...

Monday, November 9, 2009

Allah itu sayang pd makhlukNya...=>


Salam sahabat...

Apa kbr sahabat2 ku diluar sna?shat walafiat hendaknya..maaf klu diri ini sdh lama tdk menitiskan dakwat penanya di ruangan ini coz terlalu busy dgn tesis yg hendak disiapkn n perlu present tdk lama lg...wish for da best ok!!!

Sebenarnya dlm kesibukan ini Tuhan masih ingin menguji diri ini...Walaupun ujian itu terlalu kecil utk diperkatakn..tp kesannya amat parah jgn coz it disturbing my quality of life...ujian tersebut adalah ak terkene viral conjunctivitis(sakit mata)...erm..tersekse jgk rsenyer tp bile dicompare ngn seksa api neraka...mayb x sampai 0.1% pun dugaan ini...tp tu la...smenyer ad hikmah...tiada ujian tuhan yg tiada hikmahnya...kn2?

In my opinion..ths test showing tht Tuhan tu syg kt kite...dgn kesakitan die akn menghapuskn dose2 kecil kite yg mngkn kite x sedari...mata ini terlalu bebas utk terjebak dgn kemaksiatan..lebih2 lg klu kite berada diluar lingkungan islamic cond..mata ini terlalu liar dgn dunia sekelilingnya...dgn Tuhan menguji dg sedikit kesakitan ini...harap itu mampu wash da sin from it..semoga kite sentiase menyedari bhwa yg Tuhan sentiasa menyayangi kite..we must confident about tht!!!

Hanya itu mngkn yg mampu kulabuhkan kata2 pd pagi ni coz x bleh menatap laptop lama2..its tiring my eyes..nnti lmbt sembuh...wslm...=>

Sunday, October 25, 2009

Hatiku berbicara...


Hatiku berbicara
Bicara keinginan untuk bersama
Manaburkan debunga impian
Untuk menuju kepuncak harapan

Hatiku berbicara
Bicara dengan berjuta kata
Menyunting bunga ditaman
Suburkan dengan benih keikhlasan

Hatiku berbicara
Tapi kumasih dibelengu dengan jiwa
Jiwa yang meronta dengan kenangan
Kenangan yang tak mungkin bersinaran

Hatiku berbicara
Ungkapan maaf yang terkelu bahasa
Dengan diri ditusuk kekecewaan
Kerna terperangkap dengan dunia khayalan

Hatiku berbicara
Sampai kapan ku sebegini rupa
Kapan kubisa mengorak langkahan
Untuk menggapai syurga kehidupan

Karya : Dr Iwan


Saturday, October 17, 2009

Untukmu yang dinanti...


Untukmu yang dinanti
Terpisah nun jauh dirantauan
Belahan benua yang membahagi
Lansung tak bisa menggugah perasaan

Untukmu yang dinanti
Penantian dirimu membutuhkan kesetiaan
Walaupun kalbumu sering diuji
Tabah dirimu aku banggakan

Untukmu yang dinanti
Kesediaan dirimu terpancar keikhlasan
Merentap hatiku yang erat terpatri
Sosok dirimu aku idamkan

Untukmu yang dinanti
Syurga kebahagiaan yang kita impikan
Apakah bersemi seperti yang diimpi
Atau berderai gugur berhamburan

Untukmu yang dinanti
Bermohon lah kita pada Sang Tuhan
Diluaskan gerbang rahmat dan jua hati
Agar bersatu di mahkota kenikmatan…=>

Karya : Dr Iwan


Salam sahabat...
Alhamdulillah salah satu karya ak tlh dideklamasikan dlm corongan radio nasyid FM...semoge yg lain2 jge mnjadi pilihan..hanya sekadar perkongsian dgn teman2...=>

Friday, October 2, 2009

IKHLAS KAH KITA DALAM PERSAHABATAN…



salam sahabat...
Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain.Jika kita memang benar2 ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…=>

Saturday, September 26, 2009

The Ghost of You

Summer's ended and without a trace
Time goes by - while you remain
Funny how I thought I walked on through
With my heart in one
Chorus:

Why do I still cry for you
Dying to get close to you
Why do I still fear to face
The ghost of you

How I tried to get you off my mind
But you return - all the time
I believed I could just let you go
Like the fool I am

Chorus:

Why do I still cry for you
Dying to get close to you
Oh baby why do I still fear to face
The ghost of you

Bridge:

I've been trying to release you
To get my feet back on the ground
Still I need my hope to hold on to
Even if I know I should back away
It's just a part of me that I can't erase

Chorus:

Why do I still cry for you
Dying to get close to you
Why do I still fear to face
The ghost of you

Outro:

Baby, baby why
Anyway I try I'm still reminded
[The ghost of you]
Anywhere I go I keep colliding with
[The ghost of you]
I've given up I just can't find it
[The ghost of you]

Everytime I look away I see
The ghost of you

Friday, September 25, 2009

Aidilfitri di Ocean Pasific...=>





Monday, September 21, 2009

Aidilfitri pertama...=>





Friday, September 11, 2009

Lebaran ini...ku tak bisa pulang.





Tersinar pancaran serinya wajah
Menanti lebaran yang bakal kembali
Mengimbau detik-detik kenangan terindah
Bersama gerangan yang aku sayangi

Takbir bergema sayunya kedengaran
Sebaknya di dada tergenangnya air mata
Merindukan suasana bermaaf-maafan
Akrabnya ikatan girangnya suasana

Sendiri aku dirantauan
Hanya teman sejati yang setia menemani
Meratap jiwaku yang menunduk kesedihan
Merawati hiba yang menusuk hati

Jauh dirantauan ku pohon maaf
Kiranya aku tak bisa kembali
Diriku yang serba lemah dan jua khilaf
Pintaku agar diriku diampuni

Ku mohon padaMu dilain hari
Sekiranya takdir dan rezkiMu untukku
Izinkanlah aku untuk kembali
Untuk beraya bersama insan kesayanganku

Karya : Dr Iwan

Sunday, September 6, 2009

Cinta...=>


Adakah cinta itu buta?
Atau cinta itu yang dibutakan
Apakah cinta itu alpa?
Atau cinta itu yang dialpakan

Egokah manusia menolak cinta?
Atau takut untuk dikecewakan
Jika hadirnya ia tanpa dipinta
Sehingga mengguncang emosi dan perasaan

Khilafkah manusia menerima cinta?
Jika sekadar untuk membahagiakan
Disulami impian untuk bersama
Bahtera dijalin terpatrinya ikatan…=>

Karya : Dr iwan

Tuesday, September 1, 2009

Berbakti kepada ibu bapa...






Salam sahabat...
Bermula jam 12 mlm ni...bertambah la usia ak setahun lg..sedar x sedar...dh berjanggut rupenye rse..tp still mude lg..hehe..tp,dikala ak menyambut tibanya hari lahirku ini...abah msih lg berada di hospital...berbaring dikatil sambil ditemani adik beradik ak yg laen...dh hmpir 4 thn ak x menyambut hari lahir bersama ngn fmily..sdey gk rse..klu x..mesti dh dpt kek n sate ke..tringin rse..hehe..x pe la,nk wat cmne..mlm ni ak nk share satu kisah yg bleh dikongsi bersma...semoga mendapat manfaat darinyer....

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya...=>

Friday, August 21, 2009

Solat hajat...







Salam sahabat..

Ni adalah pic2 yg diambil tyme kami mengadakn solat hajat,bacaan yassin n tahlil ringkas sempene menduduki umh baru...Alhmdulillah..so far,there's no problem lg..aman damai je..bibik baru pn dh dpt..keje die pun ok..da most important is die muslim compared ngn yg dlu yg mne kristian...akhir kata..semoge kesejahteraan n kerahmatan sentiase bersama kami seisi rumah...wsslm..=>

Friday, August 14, 2009

Ku bermimpi...


Terkurung aku sendiri
Dibalik batuan berulam butiran pepasir
Termenung memikirkan nasib diri
Menjadi insan yang meratap dipesisir

Terkurung aku sendiri
Hanyut dibuai fitrah perasaan
Menyerang lubuk nafsu benteng emosi
Merangkak aku pertahan dari godaan

Termimpi aku sendiri
Walaupun hanya sekilas bayangan
Mendambakan kehadiran seorang puteri
Yang mampu menghadiahkan erti kebahagiaan

Termimpi aku sendiri
Terulik lena di alam khayalan
Tersentak aku tika di keasyikan mimpi
Kucuba bangkit menghadapi kenyataan

Bilakah kubisa bangkit?
Bebas terbang menerjah kebebasan
Bilakah kubisa bangkit?
Menyusuri keindahan pesona kehidupan…=>


Karya : Dr Iwan

Monday, August 3, 2009

Bakti Siswa tyme cuti...CONGRATULATION!!!





Saturday, August 1, 2009

Kekhilafanku...


Secarik noda pusaran dunia
Bertaburan dalam kehidupan karma
Mengotori perjalanan kehidupan manusia
Menjurus kekhilafan dan kealpaan pada Yang Esa

Turut jua ku sering terjatuh
Kerna cahaya bersinar berufuk suram
Dek iman dikalbu yang terkikis debuan dosa
Sinaran itu tak mampu lagi menyuluh
Tersesatlah aku dalam kemaksiatan yang kelam
Tersungkur aku ke lembah binasa

Bersujud aku padaMu Ya Rabbi
Atas Ar Rahman serta Ar Rahim Mu yang mempringati
Peluang hidup yang Kau kurnia padaku untuk sekali lagi
Mencelikkan mataku pada kelalaianku selama ini

Dengan nafasMu yang masih kumiliki
Dengan perjalananku yang masih ku langkahi
Dengan segala pemberianMu yang masih kunikmati
Akan ku hikmahkan sepenuh hati
Tiada keraguan yang akan kufikiri
Kerna segala kenikmatan di dunia ini
Takkan selamanya akan kekal abadi….=>

Karya : Dr Iwan

Thursday, July 30, 2009

Terima kasih tuhan....







Salam sahabat...
Lame x update coz sdg bercuti hari tu...post kali ni amt bermakna kpd sy coz tyme cuti hari tu satu pristiwa yg amat bermakna dlm prjlnn hdup sy tlg terjadi...pristiwa trsbut adlh sy tlh terlibat dlm satu kmlngn yg hmpir meragut nyawa sy..sgt2 hampir...huhhh

Dlm post ni sy ingin share sdikt pnglmn yg amat mmberi pringtn kpd sy trsbut...kalau shbt ingin tau..Tanggal yg sgt brmkne tersbut adlh 13/7/09 lalu jam 11 mlm...cter die cmni..pg tu,mmg sy dh plan nk pg k.baru coz nk shopping sket..pstu cancel balik..ptg tu plk.ntah tbe2 terasa nk pg plk..so plan brubh ngn tbe2 la..tp tyme tu abah sy nsht jgn pg..tp ntah..cm smngt lak nk pg gk..tyme slm ngn abah,sy pn dh pelik nape muke abh murung je ble sy kate nk pg gk...pstu..sy drive la kete..sy bwk adk sy yg drjh 5 ikut skali..dlm prjlnn tu pn dh agk pelik coz walaupun dh smpai KB,meter minyak kete sy x turun2.slalunye dh turun spttnye ngn prjlnn slme 1 jam tu..tp x ambik ksh lg..mlm tu kuar la shoppng sket ngn abg sy..lps tu balik la umh die..ap yg pelik skali lg brlaku dmana tyme nk balik ke besut tu..adk sy tbe2 dk kt blakng..sy tanye la die.npe duk blkng?pstu die kate nk brht kt blkng.ok....sy x ksh la..sblum balik tu jgk.abg sy tbe2 pesan bnyk kali spya smyng isyak dlu..tp tyme tu sy fkir nk bersihkn dri dlu la bru nk smyng..so,sy fkir nk smyng kt umh la..tnpa buang masa,sy pn drive balik la..

Tyme drive blik tu..sy biase la..x la laju sngt..biase2 je..pstu,tbe pd suatu tmpat tu..sy prlhnkn sket kete n rse nk berzikir..x smpi 5 minit berzikir..tbe2 sebuah proton wira ngn kelajuan yg sngt tinggi melintang arah sy ngn jarak hmpir 1 meter dr depan..tyme tu x bleh nk cter la perasaan..ungkapan Allahhuakbar je la yg mmpu terucap..sempat brek ke wira td tbe2 kete peronda polis merempuh sy dari sisi sy..dgn rempuhan yg sgt kuat trsebut sy plk terbabas ke rumah org dimana hmpir 3 nyawa diatas katil berada dihujung tnduk..alhmdulillah kete sy stop tepat2 di katil diorg...n rumah diorg roboh ats kete sy..tyme tu gk sy btul2 bersykur coz sy msih hdup.klu kete polis rempuh tpt di sisi pntu sy..sdh psti nyawa sy akan mlyng..klu x pun mmg cedera brt...tyme tu gk rse cm k minitis air mate coz Allah msh mmberi pluang pd sy utk hdup..klu Dia ingin menarik nyawa.tyme tu gk die bleh ambik..tp sy plk hanye cedere ringn..klu tgk ke kete,rmai yg kate psti sy dh x de..huhu..bnyk sgt pengajaran yg sy bleh ambk dr pringtan Allah trsbut....Terima kasih Allah......=>

Friday, July 3, 2009

Cuti yg busy...

Salam sahabat...

Lame plak x update sjk blik cuti ni...bkn ap,tp kt umh x de intrnet..huhu..selain dr tu..cuti ni agk busy...schedule pdt ngn mcm2 progrm...blik tnggl 14 tu pn tnggl 17 dh ad meeting kt k.terengganu....19 mlm plk kne bertolak ke KL ad progrm tamrin pemantapan kepimpinan n tnggal 22 bru blik besut...lame x naik bus rse lain sket..hehe.tnggl 24 n 25 hri tu kne pg k.trenganu plk ad meeting di kemaman tmpat projek..8-12 ni plk dh strt progrm bakti siswa kt kemaman tu..17-18 insyaAllh pg kenyir plk ngn fmily klu jd...huhhhh...setiap kali cuti msti bsy...ni yg fkir sejuta kali ni nk jd ahli politik!!!haha...just kidding..x trfkr pn nk jd cmtu..

Tp dcini...sy nk share la ap yg sy dpt dr kursus pemantapan kepimpinan tu..mmg best progrm tu..sme yg join pn almost bdk2 medic n doc2..pengisi2 plk trdiri dr yg x kalah hebatnya...sme dh prof2 n doc2 pakar..best sgt rse..golongn2 profesional muslim..not a politicians!!..

Pengisian2 yg diberikn sngt2 bermanfaat utk kte semua..pengalamn2 yg di share pn amat2 brhrga.insyaAllh nnti sy akn msukkn isi2 yg bleh dshare lain kali..by da way...tq dr syaznie coz invited me for tht progrm..=>

Tuesday, June 2, 2009

Isu tudung labuh...

Salam sahabat...

Terima kasih ats soalan yg diajukan..sy cube mnjwab semampunya..secara umumnya,setiap ssuatu ad kebaikan n kburuknnya..x terlepas la walaupun ia ssuatu yg baek pun.mengenai pemakaian tudung labuh yg dpt mnmbulkn fitnah di klngn muslimin..sbnrnya tmbulnya perasaan itu dikalangn mereka itu sudah wajar sbnrnye..ttp mngkn terdpt sebahagian yg kurang mmpu utk menahan bisikan perasaan tersebut..kerna klu kita lihat,,tdk smua laki yg memandang pmpuan yg bertudung labuh ini kerna ia sgt bergntung pd pribadi muslimin tersbut..mksd sy,pandangn yg sy istilahkan sbgai seksi atau menggoda itu berbeza klarifikasinya tergntung ciri2 yg diingnkn oleh individu tersebut..ad yg kate sy tergoda mliht pmpuan x bertudung n ad juga yg mnytkn die trgoda klu lihat yg bertudung labuh..i2 sgt subjektif..

jd,lumrah jika seorg lelaki yg amat mendambakan pmpuan yg solehah penampilannya sedemikian.tp ini sbnrnye bknlah sebagai alasan utk mereka bersikap demikian.kte kne ingt bhwa syaitn ini terlalu bijak,mreka mmpu memutar belitkn keadaan dimana ap yg baik ia perburukkn.yg buruk,ia perbaikkn..mksdnyer disini,meminati prmpuan yg solehah itu bagus skali ttp apbla tmbulnya fitnah dihati i2 mmudarkan kebaikn trsbut..

jd disini..mnunjukkn mereka msih kurg kuat utk melawan dugaan trsebut shngga terjdnya sedemikian..mreka perlu retrospektif kmbali mengapa ia sebegitu..

bg pihak prmpuan pula,jgn jdkn ini sbgai alasn utk mreka berundur dtgh jln..kerna kita kne ingt bhwa prempuan solahah ibarat permata.dimana x kn bodoh seseorg itu tdk meminati permata..jd..sanggupkh kte yg aslnya permta mau bertukar mnjd karat kerna alasn itu????

mknenye dicni ap yg baek itu ttp dteruskn..kburukn yg tmbul dr kebaikn itu sdh putaran alam dn juga cubaan dari tuhan utk menguju istiqamah kte trhdp ssuatu kebaikan..insyaAllh dgn niat yg ikhlas n berkat dr Tuhan..kte akn brjye menempuhnya...sekian dr sy..=>

Sunday, May 24, 2009

Bawalah ku terbang...


Bawalah ku terbang
Tika malamku bersendirian
Merentasi luasnya pelosok alam
Nikmati keindahan agungnya Tuhan

Bawalah ku terbang
Sehingga kubisa menyentuh rembulan
Tak lupa juga menyapa sang bintang
Ciptaan Tuhan yang penuh kesetiaan

Bawalah ku terbang
Menerjah tingginya awan
Nun jauh dari kilauan lautan
Menuju mentari sinarMu Ya Tuhan

Bawalah ku terbang
Menyusuri liku perjalanan
Menanggapi segenap hikmah kejadian
Merealisasi impian himpunan khayalan..=>

Karya : Dr Iwan